Pokok Gaharu berusia 1 Tahun

Kayu gaharu mengandungi resin dalam pelbagai kelas dan gred tertentu mengikut kualiti tertentu. Penggunaannya sangat meluas di seluruh dunia melewati sempadan hidup dan mati, bangsa dan agama, negara dan benua. Pendek kata ia mempunyai permintaan yang sangat besar.

Pokok Gaharu 3 bulan, 8 bulan dan 1 tahun.

Inokulan adalah suatu kaedah yang sangat penting dalam usaha menghasilkan resin gaharu. Sebenarnya resin gaharu tidak mudah terjadi secara semula jadi. Tindakan manusia diperlukan untuk menjadikan pokok tersebut sakit dengan cara mencucuk dan memasukan bahan tertentu kedalam pokok. Proses inilah yang dinamakan inokulasi.


 

 

 

 

 

 

 

 

Inokulan dan Pokok Gaharu

 

Inokulan yang kami buat adalah menggunakan teknologi yang dibangunkan Bersama oleh Guangdong Institute of Microbiology. Hasil dari Inokulasi kami telah mengeluarkan resin yang berkualiti dan bermutu tinggi. Kami sedang memasarkan inokulan kepada pekebun gaharu dan juga kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam tanaman gaharu secara komersial.

 


 

Inokulan Terbaik Malaysia

 

Resin ini diproses untuk menghasilkan pati minyak gaharu. Selain itu,permintaan terhadap minyak pati gaharu sangat tinggi terutamanya dari negara Timur Tengah. Inokulasi ini juga telah membuktikan hasil tindak balas mikro organisma yang kami gunakan keatas pokok gaharu spesis tempatan yang kami suntik.

 

Kebun Pokok Gaharu

Dengan adanya kaedah inokulan ini, ia dapat membantu masyarakat dan pencinta gaharu untuk meningkatkan ekonomi mereka.

 

Pokok Gaharu

Pokok Gaharu atau dikenali sebagai Agarwood, nama sains Aquilaria malaccensis, merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi.  Ramai yang telah mengetahui betapa mahalnya harga gaharu. Ramai juga sudah mula berjinak jinak menanam pokok tersebut. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan dan kosmetik. Bagaimana pula dengan kayu gaharu yang sudah mencecah 3 bulan, 1 tahun atau 2 tahun?

Kayu Gaharu berusia 3 bulan, 8 bulan dan 1 tahun.

Gaharu sudah boleh diinokulasi pada pada usia 3 tahun, dan ditebang pada umur 5-6 tahun. Namun sebagian besar pekebun mula menginokulasi gaharu pada umur 5 tahun atau pada saat diameter batang setinggi 15 cm. Proses inokulan disebut sebagai inokulasi pokok gaharu. Apakah inokulan??? Inokulasi adalah salah satu kerja memasukan bakteria fusarium sp. ke dalam batang pokok gaharu. Inokulan berfungsi supaya pokok gaharu dapat menghasilkan resin gaharu dengan lebih cepat berbanding jangka masa proses semulajadi. Selain daripada itu, inokulan juga berfungsi menambahkan kuantiti resin yang akan dihasilkan.

Inokulan

Disamping itu, apabila pokok gaharu dimasukan/disuntik dengan inokulan, pokok gaharu akan menghasilkan resin sebagai tindak balas pertahanan untuk melawan inokulan tersebut. Teknik ini mempercepatkan proses penghasilan resin pada pokok gaharu berbanding dengan proses semulajadi. Selain itu, jangka masa yang diambil dapat dipendekkan dari 1 tahun kepada 3 bulan. Ia dapat menghasilkan minyak gaharu daripada resin.

Kayu Gaharu Berusia 3 Bulan.

Perbincangan Pengembangan Inokulan.

Pendek kata, resin yang berkualiti tinggi dan sesuai dapat menghasilkan air suling dan rasa yang sama dengan air suling yang dihasilkan daripada pokok gaharu yang tumbuh liar tanpa menggunakan inokulan. Tambahan pula, minyak gaharu yang akan dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan menepati standard pembeli daripada Timur Tengah, Jepun, Korea dan China.

 

 

Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan pelancaran 13 produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru ini bercadang untuk melabur sebanyak RM30 juta dalam masa 3 tahun pertama ini untuk membangunkan industri pembuatan produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. 

  

Air Minuman Suling


Ketika mengulas beberapa soalan semasa sesi temuramah di ibu pejabat Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd (AGMSB) di Johor Bahru, Pengarah Urusannya, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin berkata pihak syarikatnya berminat untuk memajukan perniagaan produk berasaskan gaharu yang pada masa ini dipelopori oleh usahawan berbangsa Cina. 

Pengarah Urusan, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin

 

Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga kayu gred pokok Gaharu di pasaran antarabangsa bukanlah satu masalah yang besar. Ini kerana syarikatnya disokong oleh sumber pokok gaharu miliknya seluas 19 ribu ekar di beberapa negeri di Semenanjung. Berdasarkan sumber bahan mentah yang mencukupi, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2018. Jualan ini dipacu oleh permintaan yang tinggi daripada pemborong di negara Timur Tengah dan juga China. AGMSB‎ turut membuat pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ekstrak kayu gaharu bagi memastikan pengeluaran produk-produk berasaskan ekstrak gaharu ini dapat menampung permintaan yang tinggi daripada pengedar di luar negara. 

 

Kayu Gaharu Selepas 1 Tahun Proses Inokulan


Untuk tujuan ini AGMSB merancang untuk membeli mesin penyuling ekstrak gaharu yang boleh menghasilkan ekstrak gaharu sebanyak 500 liter sehari. Beliau juga menyatakan bahawa AGMSB ingin menembusi pasaran eksport produk Halal buatan Malaysia yang akan memberi sumbangan besar kepada nilai eksport produk Malaysia.

Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd adalah pengilang dan pengedar produk berasaskan pokok gaharu untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa seperti UAE dan China. Maklumat lanjut berkenaan syarikat ini boleh didapati di www.agarwoodmalaysia.com. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada e-mel berikut : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.