batang gaharu,manfaat gaharu,khasiat gaharu

 

Gaharu merupakan tanaman yang memiliki kayu kehitaman. Batang gaharu memiliki aroma wangi yang khas sehingga sering dijadikan bahan utama minyak wangi yang memiliki nilai jual tinggi. Gaharu banyak tumbuh di daerah Asia terutama di Malaysia. Tanaman gaharu masuk dalam genus Aquilaria. Meski termasuk pohon berkayu, gaharu dikelompokkan dalam Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK).

Selama ini, manfaat gaharu memang sebatas untuk industri wangian saja. Batang gaharu biasanya dicincang dan digunakan sebagai bahan utama pembuatan dupa. Selain itu, kayu gaharu akan diolah menjadi  aksesoris yang dipercayai memiliki kekuatan tertentu untuk menangkal jin dan juga sihir.

1. Menjaga kesihatan ginjal

Batang gaharu dipercayai mampu dijadikan sebagai bahan utama ubat herbal untuk ginjal. Jika dihidu dan diminum secara teratur, teh batang tanaman ini bahkan dapat mengubati penyakit ginjal yang sudah kronik seperti batu ginjal dan gagal ginjal. Cara pengubatan ginjal dengan menggunakan batang tanaman gaharu seperti ini sudah dilakukan selama ratusan tahun di Jepun dan China.

2. Mengatasi sakit perut

Teh yang terbuat dari batang gaharu terbukti mampu mengatasi pelbagai jenis penyakit perut seperti kembung karana masuk angin dan sembelit.

3. Menurunkan tekanan darah

Batang gaharu memiliki sifat menghilangkan sumbatan dan melebarkan pembuluh darah. Oleh karena itu, seduhan batang tanaman yang sering digunakan sebagai penangkal ilmu sihir ini dapat menurunkan tekanan darah.

4. Mencegah penuaan dini

Limbah penyulingan batang gaharu akan menghasilkan minyak atsiri. Minyak hasil pengolahan batang gaharu inilah yang bisa dipakai untuk mencegah penuaan dini sekaligus melindungi kulit dari dampak buruk sinar UV.

5. Mencegah tumor

Manfaat batang gaharu yang sangat jarang diketahui adalah untuk mencegah tumor. Batang kayu gahayu mengandung flavonoid yang mampu menjaga kesehatan tingkat sel. Karena itulah, batang tanaman ini dapat digunakan untuk mengobati tumor.

6. Mencegah kanser

Di India, batang kayu gaharu telah lama digunakan sebagai ubat kanser  usus. Sedangkan di Cina, batang tanaman wangi ini juga digunakan untuk mengubati aneka jenis kanser. Tak hanya itu, penelitian terbaru juga mendukung bahwa salah satu manfaat batang gaharu yang tersembunyi adalah untuk melawan sel kanser dan tumor.

7. Merilekskan pikiran

Sebagai tanaman yang memiliki bau haru, gaharu mampu merileksasikan pikiran. Wangi yang dihasilkan oleh batang kayu gaharu akan membuat suasana hati lebih baik. Untuk menggunakannya, cukup seduh batang kayu gaharu lalu hirup aromanya. Cara lainnya adalah dengan membakar kayu gaharu dan membiarkannya mengepulkan asap wangi.

8. Mengubati asma

Manfaat batang gaharu lainnya adalah untuk mengobati gangguan pernapasan terutama asma. Hal ini dikarenakan batang tanaman gaharu memiliki sifat anti asmatik, yaitu sifat melegakan dan melancarkan kembali sistem pernapasan.

9. Mengatasi insomnia

Seperti yang dibahas sebelumnya, aroma yang dikeluarkan batang gaharu mampu merileksasikan pikiran. Oleh karena itu, menghirup wangi gaharu di malam hari mampu membuat tidur lebih nyenyak dan bangun lebih bugar keesokan harinya.

10. Mengawal kadar gula darah

Manfaat batang gaharu yang telah lama dipercayai masyarakat adalah untuk mengatasi diabetes. Seduhan batang tanaman gaharu dipercaya mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Untuk mendapatkan hasil maksimal dan juga rasa yang lebih enak, Anda bisa mencampurkan sedikit batang kayu manis pada seduhan.

11. Menguraikan racun dalam tubuh

Khasiat batang gaharu lainnya adalah untuk mendetoksifikasi racun dalam tubuh. Sama seperti bahan herbal pengurai racun lainnya, batang tanaman gaharu juga memiliki efek diuritik sehingga Anda akan mengalami kenaikan frekuensi buang air kecil selama masa detoksifikasi.

12. Mengubati angin amar

Manfaat batang gaharu selanjutnya adalah untuk mengobati stroke. Gaharu dipercaya mampu mengatasi stroke karena dapat melancarkan kembali peredaran yang tersumbat. Pengobatan stroke  dengan metode ini mungkin memakan waktu cukup lama. Namun, tak sedikit dari pasien stroke yang kembali pilih hanya dengan memanfaatkan gaharu.

 

Gaharu terhasil daripada tindak balas imun pokok daripada jangkitan penyakit dan kulat. Pokok yang cedera menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan mikrob. Pokok yang dijangkiti tetapi berimun lemah menyebabkan penyakit terbentuk pada pokok seterusnya menyebabkan pembentukan gaharu daripada nutrien pokok. Resin yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan sari atau resapan berbau wangi. Resin itulah yang kita kenali sebagai gaharu.

Komoditi gaharu kini sangat terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, di kalangan masyarakat Cina, ia dipanggil Chen Xiang, Jin-Ko di Jepun, dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab. Kayu gaharu termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ merupakan antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya terdapat empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Sesuai dengan statusnya sebagai pokok hutan, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang melampau dan amat mudah untuk ditanam berdasarkan prinsip Empat T iaitu Tanam, Tinggal, Tengok-tengok dan Tuai. Pokok ini hanya memerlukan pencahayaan sebanyak 45 hingga 75 peratus sahaja sehari serta boleh menyesuaikan dirinya dengan pelbagai jenis tanah.
Anak benih terbaik untuk penanaman berumur daripada empat bulan ke satu tahun kerana ianya mudah untuk diangkut serta pembentukan akar yang sedang berkembang untuk mencengkam tanah, mengelakkannya daripada mudah tumbang. Penanamannya juga tidak memerlukan ladang terbuka. Ia lebih sesuai ditanam di dalam kongsi atau hutan asli untuk pembesaran yang lebih sempurna. Untuk penanaman secara intensif, 0.4 hektar tanah mampu menampung kira-kira 450 hingga 1, 000 batang pokok pada satu-satu masa.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5, 000 hingga RM60, 000, bagi jenis Candan Gajah dianggarkan RM180, 000 hingga RM200, 000 dan Candan Gunung bernilai hampir sejuta ringgit. Manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari harga kayunya. Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood ini menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat. Yang membezakan harga antara produk gaharu ialah gred dan mutu produk itu.

Untuk mendapatkan minyak yang berkualiti tinggi, kualiti kayu gaharu perlu diambil berat. Terdapat tujuh kategori mutu gaharu namun, untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi, terdapat lima ciri utama perlu diberi keutamaan dalam memastikan bahawa kayu gaharu tersebut mencapai tahap berkualiti yang dikehendaki atau tidak. Ia termasuklah corak atau warna pada kayu tersebut seperti warna coklat kehitaman, kandungan damar wangi tinggi, serat padat, berat dan menghasilkan aroma yang kuat apabila dibakar.

Daripada ciri-ciri tersebut, gaharu digredkan kepada gred A, gred B, gred C, gred D, gred E, lain-lain gred dan gaharu racik (kayu racik). Penghasilan minyak gaharu boleh dilakukan dengan dua kaedah; iaitu kaedah penyulingan stim dan kaedah penyulingan air. Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak dan ianya turut digunakan di Malaysia.

Konsesi Utama terus melangkah maju apabila berjaya memperoleh geran bernilai RM500, 000 daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membolehkannya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu. Kajian itu telah dilaksanakan menerusi kerjasama bersama dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, iaitu sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja.

Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang. Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara kita.Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita.

Perjanjian antarabangsa seperti CITES (Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal) telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.

 

Kayu Gaharu Terhasil apabila pokok Karas mengalami kesakitan dengan mengeluarkan Resin (damar). Dengan menggunakan Bioteknologi, Gaharu dapat dihasikan dari pokok Karas dalam masa 2 - 3 tahun selepas suntikan, iaitu 10 kali lebih cepat dari kebiasaannya. 
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu dari pokok Karas yang berusia 3-4 tahun ke atas atau ukurlilitnya mencapai 15 inci. 
Antara kulat yang digunakan ialah;

  • Furasium sp,
  • Phytium sp,
  • Lasiodiplodia sp,
  • Libertela sp,
  • Scytalidium dan
  • Thielaviopsis sp.

Setelah inokulan dilakukan, ianya dibiarkan selama 2 - 3 tahun bagi proses pembentukan teras gaharu,pada tahun keempat pokok sudah boleh ditebang bagi mengambil hasilnya. 

Tanaman pokok gaharu banyak memberi manfaat kepada orang ramai serta dapat menjana ekonomi yang stabil.

Gaharu adalah kayu beresin yang diperoleh daripada pokok karas (Aquilaria). Ia sering dijadikan bahan pewangi kerana memiliki aroma tersendiri, malah turut digunakan dalam perubatan tradisional dan rawatan alternatif.

Kebiasaannya, gaharu dijual dalam bentuk minyak tulen atau campuran serta cip kayu yang dibakar sebagai pewangi. Pengeluar kayu gaharu memberi gred seperti A, B, C dan D.

Gred diberikan pengeluar dibuat berdasarkan beberapa ciri fizikal seperti perbezaan warna, ketumpatan, bentuk fizikal, aroma kayu apabila dibakar, nilai estetika arca blok kayu dan bau minyak pati gaharu itu sendiri.

 

Antara khasiatnya:

* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.

 

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi, rose dan oud) 

Ibnu Sina menulis didalam kitabnya yang bertajuk Qanun Fi Tib () tentang beberapa khasiat gaharu untuk tujuan perubatan.

 

Antaranya ialah:

  1. Ubat menghilangkan kahak
  2. Mengubati asma
  3. Mengubati batuk
  4. Saluran penafasan tersumbat
  5. Bengkak limpa dan hati
  6. Menguatkan hati
  7. Lemah tenaga batin

 

 

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu.

Pokok gaharu boleh ditemui di Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Kayu Gaharu terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.

Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakan kayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.

 

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan pokok gaharu /depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.

Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu, Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana. Bagi masyarakat Malaysia, pokok gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis hanya boleh didapati di dalam hutan belantara dan jumlahnya pula dilaporkan semakin sedikit atau hampir pupus. Kegiatan mencari kayu gaharu secara haram menjadikan tumbuhan itu kini semakin pupus kerana harganya, sama ada kayu (heartwood) atau minyak (damar) yang dihasilkan pokok itu adalah amat bernilai tinggi, lebih mahal dari harga emas.

Tarikan kayu gaharu Malaysia dan nilainya yang amat tinggi merupakan magnet kepada pencari-pencari haram kayu gaharu terutamanya dari Thailand untuk menceroboh hutan-hutan negara ini sehingga ke Sarawak untuk mendapatkan tumbuhan berharga itu.

 

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5 ribu hingga RM60 ribu, Candan Gajah (RM180 ribu hingga RM200 ribu) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula bernilai 10 kali ganda dari kayunya. Pokok gaharu boleh tumbuh di dalam hampir semua keadaan dengan penjagaan yang minimum, dan boleh mencecah ketinggian sehingga 40 meter manakala jejari batang pokoknya boleh membesar sehingga 60 cm.

Bagaimanapun bagi pokok gaharu jenis Candan Gunung, ia hanya boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian 1,500 kaki dari aras laut, menjadikan ia lebih sukar ditemui dan dibiak.