Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia. Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja.

Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang. Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara kita.Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita.

Perjanjian antarabangsa seperti CITES (Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal) telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya.

 

Kayu Gaharu Terhasil apabila pokok Karas mengalami kesakitan dengan mengeluarkan Resin (damar). Dengan menggunakan Bioteknologi, Gaharu dapat dihasikan dari pokok Karas dalam masa 2 - 3 tahun selepas suntikan, iaitu 10 kali lebih cepat dari kebiasaannya. 
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu dari pokok Karas yang berusia 3-4 tahun ke atas atau ukurlilitnya mencapai 15 inci. 
Antara kulat yang digunakan ialah;

  • Furasium sp,
  • Phytium sp,
  • Lasiodiplodia sp,
  • Libertela sp,
  • Scytalidium dan
  • Thielaviopsis sp.

Setelah inokulan dilakukan, ianya dibiarkan selama 2 - 3 tahun bagi proses pembentukan teras gaharu,pada tahun keempat pokok sudah boleh ditebang bagi mengambil hasilnya. 

Tanaman pokok gaharu banyak memberi manfaat kepada orang ramai serta dapat menjana ekonomi yang stabil.