Gaharu adalah kayu beresin yang diperoleh daripada pokok karas (Aquilaria). Ia sering dijadikan bahan pewangi kerana memiliki aroma tersendiri, malah turut digunakan dalam perubatan tradisional dan rawatan alternatif.

Kebiasaannya, gaharu dijual dalam bentuk minyak tulen atau campuran serta cip kayu yang dibakar sebagai pewangi. Pengeluar kayu gaharu memberi gred seperti A, B, C dan D.

Gred diberikan pengeluar dibuat berdasarkan beberapa ciri fizikal seperti perbezaan warna, ketumpatan, bentuk fizikal, aroma kayu apabila dibakar, nilai estetika arca blok kayu dan bau minyak pati gaharu itu sendiri.

 

Antara khasiatnya:

* Menenangkan hati dan jiwa

* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak

* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

* Menghilangkan debaran jantung

* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)

* Menyedarkan orang pengsan

* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh

* Menghilangkan rasa gementar

* Menghilangkan rasa sejuk tubuh

* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.

* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.

* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud.

 

Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi, rose dan oud) 

Ibnu Sina menulis didalam kitabnya yang bertajuk Qanun Fi Tib () tentang beberapa khasiat gaharu untuk tujuan perubatan.

 

Antaranya ialah:

  1. Ubat menghilangkan kahak
  2. Mengubati asma
  3. Mengubati batuk
  4. Saluran penafasan tersumbat
  5. Bengkak limpa dan hati
  6. Menguatkan hati
  7. Lemah tenaga batin