Print
Category: Uncategorised
Hits: 283
 

Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan pelancaran 13 produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. Syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru ini bercadang untuk melabur sebanyak RM30 juta dalam masa 3 tahun pertama ini untuk membangunkan industri pembuatan produk berasaskan ekstrak pokok gaharu. 

  

Air Minuman Suling


Ketika mengulas beberapa soalan semasa sesi temuramah di ibu pejabat Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd (AGMSB) di Johor Bahru, Pengarah Urusannya, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin berkata pihak syarikatnya berminat untuk memajukan perniagaan produk berasaskan gaharu yang pada masa ini dipelopori oleh usahawan berbangsa Cina. 

Pengarah Urusan, Encik Mohd Zahid Bin Mohd Zin

 

Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga kayu gred pokok Gaharu di pasaran antarabangsa bukanlah satu masalah yang besar. Ini kerana syarikatnya disokong oleh sumber pokok gaharu miliknya seluas 19 ribu ekar di beberapa negeri di Semenanjung. Berdasarkan sumber bahan mentah yang mencukupi, pihaknya mengunjurkan jualan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2018. Jualan ini dipacu oleh permintaan yang tinggi daripada pemborong di negara Timur Tengah dan juga China. AGMSB‎ turut membuat pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ekstrak kayu gaharu bagi memastikan pengeluaran produk-produk berasaskan ekstrak gaharu ini dapat menampung permintaan yang tinggi daripada pengedar di luar negara. 

 

Kayu Gaharu Selepas 1 Tahun Proses Inokulan


Untuk tujuan ini AGMSB merancang untuk membeli mesin penyuling ekstrak gaharu yang boleh menghasilkan ekstrak gaharu sebanyak 500 liter sehari. Beliau juga menyatakan bahawa AGMSB ingin menembusi pasaran eksport produk Halal buatan Malaysia yang akan memberi sumbangan besar kepada nilai eksport produk Malaysia.

Agarwood Global Malaysia Sdn Bhd adalah pengilang dan pengedar produk berasaskan pokok gaharu untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa seperti UAE dan China. Maklumat lanjut berkenaan syarikat ini boleh didapati di www.agarwoodmalaysia.com. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada e-mel berikut : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.